Alert: Kandungan yang dipaparkan adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai pengajaran, segala nama gelaran adalah rekaan semata-mata berdasarkan pengalaman penulis.
Malaysia- Buat anda yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Komunikasi Massa atau Kewartawanan yang bercita-cita ingin bekerja di Syarikat Industri Media, saya nasihatkan kepada anda jangan terima tawaran pekerjaan kontrak persendirian ( Independent Contract ).
Kerana disinilah punca toksik sebenar berlaku wahai sahabat-sahabat sekalian termasuk boss berwibawa yang sedang membaca. Syarikat Media dimaksudkan ini boleh jadi berada diluar negara seperti di Thailand: Channel 3, Vietnam: VTV 3 dan Arab: MBC 3. Watak utama dalam Syarikat terbabit ini adalah golongan 'Senior' yang tidak pandai mengira gaji pekerjanya.
Sebagai contoh, Sebuah program rancangan tv format majalah memerlukan seorang wartawan yang mahir dalam melakukan proses editing, namun bajet untuk program tersebut tidak mencukupi dan tidak mampu menggajikan pekerja tersebut. Sehingga sanggup mengambil bajet daripada rancangan tv program lain.
Itu yang saya alami, sehinggakan saya telah bersemuka dengan majikan bergelar "Encik A" berkenaan status gaji saya.
"Bagaimana keadaannya bos? dah nak sebulan saya kerja sini? gaji macam mana?"
Bayangkan solusinya adalah dengan mengambil gaji daripada rancangan tv lain, dan saya hanya seorang sahaja pekerja dibawahnya dan dikelilingi oleh rakan kerja daripada program lain!
Mereka pandang saya hina! walhal kami pernah bekerja dibawah TV yang sama. Disebabkan oleh salah faham: Mereka beranggapan bahawa sayalah punca gaji mereka ditolak, ibarat sayalah mastermind dalam segala hal ini.
Kerana Saya menguruskan kewangan bajet ( Program Manager ), Saya yang menguruskan segala Dokumentasi pembayaran untuk Talent ( Administration ), dan Saya lah yang membuat Contract Pekerja untuk diri saya sendiri !
Ada juga yang mengaitkan dengan drama '3 suku' yang mengaitkan kisah cinta saya dengan seorang wanita, aku ni bukan hensem sangat macam Syafiq Kyle, Celaka.
Boss buat apa ? dia hanya buat kerja kewartawanannya sahaja, Ia ibarat seperti saya boss dia pekerja ?Kerana saya yang kira gaji... satu-satunya perkara paling bodoh yang pernah saya alami.
" Ini sudah melanggar kontrak... Kerana gaji tidak seiring dengan bajet yang dikemukan."
Itu adalah hak pekerja! Kita ada Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022! Saya sepatutnya tidak perlu hadir sama sekali!
Dengan atas asbab ehsan dan amal jariah saya dahulukan dalam menyelesaikan masalah kontrak host dan saya sendiri meminta kontrak saya dilupuskan kerana sememangnya tidak seiring dengan Bajet.
Lebih menariknya lagi:
" MACAM MANA ABANG! BUDAK TU DAH HILANG! "
Paling kelakar mereka tuduh saya 'Missing In Action' padahal saya sudah jelas lebih awal kepada 'Encik A', Mungkin tidak diketahui oleh 'Cik B'.
Dan saya sudah menghantar surat BERHENTI KERJA !!!
Satu bulan pembaziran yang saya alami... Namun hanya mengharapkan amal jariah sahaja... Yang Penting Host-Host dapat gaji mereka... kerana mereka ada anak-anak untuk ditanggung jika dibandingkan dengan saya...
Terbaharu 2025: Mereka mengeluarkan berita berkenaan 'Tempat Kerja Toksik', Lawak, Syarikat Media Toksik Yang Berkata Tentang Toksik Tempat Kerja. Itulah tektik psiko-politik lapuk yang digunakan, Rakyat Sudah Peka... Oh Wahai Sahabat-Sahabat Senior Media saya sekalian...
Buat anda ' CIK B ', Terima Kasih... Selepas kejadian itu saya mengalami pelbagai gangguan mental sehinggakan Pihak Polis datang kerumah keluarga saya untuk melakukan ujian air kencing kerana disyaki terlibat dalam aktiviti dadah. (Dan Saya Tidak Ambil Dadah Sama Sekali)
Hanya orang Tangga Batu, Melaka sahaja yang tahu kisah saya dan mungkin terdapat pelbagai versi yang ditokok tambah, Mereka kenal saya, Wartawan Jenayah yang peduli akan masyarakat berbanding pihak berkuasa, tiba-tiba lenyap sekelip mata.
Sehingga pernah dibawa wad sakit gila untuk proses scanning bahagian dalam kepala, kerana risau sudah hilang kewarasan, Alhamdulillah saya cuma menghidap penyakit Bipolar Disorder dan kini sudah sembuh atas asbab ubat yang disarankan oleh pihak hospital.
Buat Anda yang berada menceburi bidang Komunikasi Massa, jika mendapat tawaran daripada Channel 3 suku ini, fikir lah betul.
Sampai sekarang mereka berdua tidak pernah minta maaf pada saya, siapa lah saya kepada mereka...
P/S Saya masih simpan lagi dokumen itu....
Comments
Post a Comment