Melaka: Apa yang saya sudah terlepas? Ia berlaku pada 14 April lalu, Bekas timbalan speaker Dewan Negara, Dato' Seri Mohamad Ali Mohamad a.k.a "Ali Pasir" telah ditahan atas dakwaan rasuah.
Penahanan beliau berlaku pada 6.30 petang di kediamannya Baitul Tariq, Tangga Batu telah disahkan oleh peguamnya, Rafique Rashid Ali.
Isteri dan anak-anaknya diambil keterangan oleh SPRM membawa penyimpulan kepada tahanan Ali Pasir dibawah Seksyen 16 Akta SPRM.
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694): Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16&17(a) Akta SPRM 2009]
Penahanan beliau membawa imbasan kembali pada 21 Disember 2021 melibatkan dua pemimpin UMNO dikaitkan dengan projek tambak laut: Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ). Melibatkan 33km pesisir pantai dan lapan kawasan pilihan raya yang dijanjikan untuk menarik pelaburan berbilion ringgit. Dan memang benar Ali Pasir merupakan salah seorang daripadanya.
Ali Pasir yang merupakan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Melaka pada ketika itu, memiliki kawasan konsesi di bawah projek yang dicadangkan. Syarikat mereka termasuk bekas timbalan exco, Ghazale Muhamad, dianugerahkan 300 ekar tanah ketika tempoh BN/Umno memerintah kerajaan negeri.
Syarikat yang terlibat adalah Dewi Pertiwi Development Sdn Bhd (DPDSB), Golden Straits Development Sdn Bhd (GDSSB), Nusa Waja Sdn Bhd (NWSB) dan BBM Ventures Sdn Bhd (BBM). Ianya sangat mengejutkan bahawa barisan syarikat ini berada dalam status tidak aktif dengan maklumat kewangan terkini adalah "SIFAR".
Perjanjian ditandatangan antara Jun 2016 dan Februari 2017
Ianya jelas menimbulkan persoalan tentang kemungkinan berlaku konflik kepentingan dan sehingga kini adakah penahanan beliau baru-baru ini berkaitan dengan projek terbabit?
Jawapannya semakin jelas ketika Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz menjelaskan dakwaan rasuah dikaitkan dengan Ali Pasir berlaku sewaktu dia masih berada dalam UMNO dan "memegang jawatan timbalan Yang di-pertua Dewan Negara".
"Semasa itu Datuk Seri Ali sendiri masih merupakan Ketua Bahagian Umno dan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Negara (10 Disember 2020 sehingga 10 Mei 2023)." - Tun Faisal Ismail Aziz
Apa yang menariknya... Menurut sumber, Ali Pasir secara senyap menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atas sebab tidak puas hati dengan barisan kepimpinan terkini. Jelas dan Ringkas: Projek pasirnya ditarik oleh Menteri Besar Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh.
"Saya sudah bersama UMNO selama 42 tahun... dijadikan tunggangan oleh pemimpin yang tidak ada prinsip perjuangan dan kehendak majoriti ahli UMNO akar umbi." - Mohamad Ali Mohamad
Rangkaian domino ini semakin getir, apabila sebuah rakaman suara dipercayai milik Ab Rauf Yusoh membawa kepada dakwaan bahawa Menteri Besar Melaka itu ingin menjatuhkan Ali Pasir.
Video tular berdurasi 3 minit 57 saat di platform digital tiktok disiarkan sehari selepas Ab Rauf menafikan beliau terkait dengan penahanan Ali Pasir.
Sebelum ini, Dr Mohd Yadzil yang merupakan ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, mempersoalkan kenapa siasatan tidak dibuat kepada Ab Rauf dimana pada ketika itu merupakan Ketua Badan Perhubungan Negeri UMNO Melaka. Beliau menyatakan bahawa Ab Rauf menjadi penentu segala keputusan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada ketika itu.
Sebuah kenyataan yang masuk akal, boleh menimbulkan pelbagai spekulasi mengapa tiba-tiba Sulaiman Md Ali "Dijatuhkan". Ia juga memberi sedikit keraguan akan barisan kepimpinan Ab Rauf baharu.
Namun, jika anda berpihak kepada Dato' Seri Mohamad Ali Mohamad, anda perlu berfikir lebih mendalam dan fahami akan kebenarannya, hanya orang Melaka sahaja tahu mengapa beliau digelar ALI PASIR. Saya bagi sedikit klu: Anak Dara...
Comments
Post a Comment